Pelabur

SAM - Potensi Segi Tiga 5 Tahun

Panjang
MYX:SAM   SAM ENGINEERING & EQUIPMENT
Sam Engineering & Equipment (SAM) telah berjaya mendaki harga dengan baik hampir 5 tahun. Pendakian tersebut menunjukkan pembentukan Higher Low (HL). Berdasarkan carta SAM, pembentukan HL tersebut tidak disokong oleh Higher High (HH) yang menjadikan sebuah bentuk segi-tiga. Bacaan secara psikologi segi tiga berdasarkan carta SAM, permintaan terhadap saham syarikat ini meningkat setiap tahun yang digambarkan melalui Higher Low dan mempunyai potensi besar untuk membuat satu pecahan resistance (RM8.40). Pergerakan saham seperti ini sangat sesuai untuk long term holdings. Berdasarkan teori segi tiga dalam meramal harga, target berada di sekitar paras RM11.91 bersamaan 41.7% bermula dari paras resistance (RM8.40).

Dari segi fundamental pula, syarikat ini mempunyai rekod yang baik dalam penilaian repot sukuan dan tahunan yang menunjukkan peningkatan setiap masa. Selain itu, pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Singapore Aerospace Manufacturing Pte Ltd, PB SmallCap Growth Fund, Manulife Investment Progress Fund dan lain lain. Di samping itu, skor untuk Altman Z adalah 1.7 yang menunjukkan potensi untuk muflis sangat rendah.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: RM8.00
Resistance: RM8.40
Target 1: RM10.57
Target 2: RM11.91
Target 3: RM14.00

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.