TradingView

Cara mengenalpasti corak candlestick dengan segera pada carta

Pendidikan
NASDAQ:AAPL   Apple
Kami membuat carta Apple ini untuk menunjukkan kemas kini yang dibuat untuk Corak Candlestick, kaedah baru untuk mengenalpasti corak candle tertentu secara automatik. Ia mudah dan cepat. Dengan satu klik, ia boleh mengenalpasti hampir semua corak candlestick daripada candle Bearish Engulfing sehingga Shooting Star.

Untuk bermula, buka menu Penunjuk dan Strategi. Dari sana, klik tab Corak Candlestick dan pilih corak yang dikehendaki. Jika corak candlestick dikenalpasti secara automatik, sebuah label khas akan muncul pada carta: biru untuk Bullish, merah untuk Bearish dan kelabu untuk kedua-dua. Alihkan kursor anda di atas label untuk mengetahui lebih lanjut tentang corak candlestick tertentu.

Carta yang dicipta dalam contoh ini menunjukkan Apple sejak awal Jun. Ia juga menunjukkan setiap candle Bearish Engulfing dan Doji diwakili oleh label merah dan kelabu. Apple telah naik lebih 50% untuk tahun ini. Namun demikian, baru-baru ini terdapat candle Bearish engulfing yang besar telah muncul, dengan sentimen dan aksi harga bertukar ke arah bawah dengan cepat. Harap maklum, bukan semua candle Bearish Engulfing akan diikuti dengan penjualan jangka panjang. Dalam beberapa kejadian sebelum ini, isyarat sedemikian tidak memberi sebarang impak besar kepada Apple. Adakah kali ini berbeza? Masa akan memberitahu.

Kami juga boleh memantau Apple dengan mencipta pemberitahuan. Corak candlestick kami boleh digunakan dengan sistem pemberitahuan. Jika anda ingin menerima pemberitahuan setiap kali corak lilin tertentu muncul pada carta, anda boleh mencipta pemberitahuan untuk tujuan tersebut dan ia akan dihantar ke telefon, atas meja atau e-mel anda.

Kami sentiada mendengar maklum balas anda, dan mulai hari ini kami telah menambahkan 17 penunjuk baru kepada menu Corak Candlestick:

• Dark Cloud Cover dan Piercing;
• Morning Doji Star dan Evening Doji Star;
• Harami Cross ( Bearish dan Bullish );
• Tweezer Bottom dan Tweezer Top ;
• Rising Three Methods dan Falling Three Methods;
• Rising Window dan Falling Window;
• On Neck;
• Upside Tasuki Gap dan Downside Tasuki Gap;
• Doji Star ( Bullish dan Bearish ).

Semua penunjuk di atas ditulis dalam Pine , bahasa penskripan rasmi kami. Jika anda ingin memahami lebih tentang algoritma kami, atau mengubahsuai mengikuti kehendak anda sendiri, sila pergi ke kod sumber penunjuk ini dan mengubahsuai dari sana.

Kami berharap anda menikmati panduan bertulis tentang Corak Candlestick ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, sila komen di bawah. Jika anda menikmati hantaran ini, sila tekan Suka.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.