TradingView

Cara mengikuti perolehan dan mengetahui laporan syarikat

Pendidikan
NASDAQ:AAPL   Apple
Minggu ini merupakan musim perolehan di mana banyak laporan syarikat besar termasuk Apple , Microsoft , Amazon, Visa, dan Shopify akan keluar. Oleh sebab itu, perlu diingati bagaimana mudah untuk mengikuti perolehan. Jika anda seorang pedagang atau pelabur, anda tidak mahu menerima kejutan disebabkan laporan yang anda tidak sedar. Anda harus bersedia dan panduan ini akan menunjukkan caranya.

Kalendar perolehan TradingView (pautan) menunjukkan syarikat-syarikat yang akan membuat laporan hari ini, esok, minggu ini dan minggu depan. Anda boleh menyusun setiap laporan mengikut tarikh atau faktor fundamental seperti Permodalan Pasaran, Unjuran Hasil dan EPS. Kalendar perolehan merupakan kaedah paling pantas untuk melihat siapa yang akan membuat laporan dan bila.

Tip: Simpan kalendar perolehan supaya anda tidak hilang halaman ini - (pautan)

Lagi satu alat yang berguna untuk mengikuti laporan syarikat adalah dengan memastikan ikon perolehan ( E ) ditunjukkan di carta anda. Anda boleh berbuat demikian di tetapan carta, pilih Peristiwa dan kemudian tandakan kotak yang menyebut "Tunjukkan perolehan di Carta." Carta dalam contoh ini ialah Apple dan setiap ikon E mewakili laporan suku tahunan. Tambahan pula, anda boleh letakkan kursor tetikus anda di atas ikon E dan klik untuk maklumat syarikat tentang laporan tertentu. Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang alat ini, sila rujuk idea yang kami terbitkan pada awal tahun.

Tip: Bina pemberitahuan tersuai anda untuk laporan perolehan yang akan tercetus sebelum , semasa dan selepas. Hanya perlu bukan pengurus pemberitahuan dan mula mencipta pemberitahuan baru.

Walaupun garisan atas dan bawah perolehan adalah penting, mereka tidak menjelaskan cerita yang lengkap. Terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti panduanm, komen pihak atasan, dan pelancaran produk baru. Semasa sebuah syarikat melaporkan perolehan, ia juga berguna untuk mengikuti berita tentang syarikat tersebut. Anda boleh berbuat demikian dengan mengklik pada ikon surat khabar di menu bahagian kanan. Ini adalah cara mengakses berita gempar sebelum dan selepas laporan syarikat untuk mendapat maklumat yang lanjut.

Nasihat yang terakhir ialah halaman perolehan khas baru kami. Di sini anda boleh mencari idea-idea yang diterbitkan oleh pedagang dan pelabur lain yang menekankan peristiwa pasaran yang berkaitan dengan perolehan. Anda boleh menggunakan halaman ini untuk mencari idea , pengarang , skrip dan konsep pendidikan yang berkaitan dengan perolehan.

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat tentang perolehan dan laporan syarikat. Jika anda ada sebarang soalan atau maklum balas, sila komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView!

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.