AbangManuK

AEM - Berat sama dipikul, Ringan sama 'Melayang'

Panjang
MYX:AEM   AE MULTI HOLDINGS BHD

Wow...lama juga rasanya Abam tak up post di sini...(AWAS PANJANG!!!)
di hujung minggu ini, tergerak minda jari untuk mencoret sedikit chart (bukan mencarut tau..huh)..setelah kita melihat libasan market pada jumaat lalu..kaw kaw libasan beliau..kesannya...statistik menunjukkan pertambahan jumlah investor daripada trader dalam tanpa sedar...fuhh (Abam tak terkecuali...demmm)
frust menonggeng gak tengok market merah-merah delima ni..
semoga ada sinar hijau merimbun minggu depan la yerr..(walaupun kenyataannya..kejap ja hijau nanti..huhu)
.
.
#MuhasabahDiri #MerenungKeLuarJendela
Namun begitu, dalam kepahitan dan kepedasan, pasti ada kemanisan walau secubit rasa..kan..kan..kan..haaa
terdapat beberapa kaunter yang memberi perkhabaran gumbira (harap bukan berita khabar angin dari negeri fasola lah..~~ kalau tidak, kan ku tikam tapak kakinya guna buluh betong)...
.
.
Antara kaunter yang hampir dilupakan, AE Multi Holdings Bhd yang mana baru-baru ni telah membuat kolaborasi dengan Ripcol Engineering Sdn Bhd sebagai penasihat..(tetiba teringat cerita P.Ramlee 3 Abdul..Haa..lebih kurang kot...Tuan Penasihat ..25 persennn!!)

Haaa ni kisah penuh melalui pautan di bawah:
www.theedgemark...-glove-industry?type=corpo...

Tapi sebelum tu, abang hakak tau ka AE Multi Holdings ni buat apa?? Haa..tengok bawah ni..sahaja abam tak translate ke bahasa Melayu, sebab lain macam pula bunyinya..so, abam guna bahasa omputih la yerr..janji faham..hehe (Sumber dari Trading View juga..)

''It operates through the following segments: Printed Circuit Boards and Investment Holding. The Printed Circuit Boards segment includes manufacture and sale of printed circuit boards and its related products and provision of technical services.''

Kaunter ni pernah naik ke menara gading dahulu kala sehingga mencapai paras harga tertinggi 52 minggu @ 0.215 pada 4-7 September 2020..pastu dia libas semula hingga 0.145, sampai ke kindergarten balik.. dan kini mungkin masa sesuai untuk ia bangkit...
Tapi kelihatan baru nak bangkit, dah pula ada bnyak Strong R nak dipecahkan..antaranya....(seperti yang dinyatakan dalam chart...haaa baca..jangan malas-malas..dah habis baca..haaa masookkk!!)
Nak kata AE Multi Holding Bhd strong FA, tak juga...tapi untuk perkembangan jangka masa panjang...insha Allah..ada potensi ..yelah..bidang teknologi ni kan berkembang dari masa ke semasa..dan teknologi pun perlukan penambahbaikan berterusan..mana tau boleh simpan kan ..haaa..simpan lama tau...hehe
.
.
Bak kata pakar ekonomi dan sipoo-sipoo saham..
..hurmmm...aduhh...lupa pla..demm..apa-apa pun, abam menulis (menaip dari hati) apa -apa yang terlintas di kepala, abam coretkan terus ke sini...Maaf atas ketelanjuran bahasa dan tatabahasa..

Okay..!! Setakat itu coretan abam di hujung minggu ini ..semoga memperoleh profit sepanjang minggu ini..biar sikit PROFIT, janji tak LOSS..
Jangan TAMAK..dan Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...vrroommm2!!

Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
paling penting abang hakak WAJIB kenalpasti RISK & REWARD RATIO ( RRR) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
Bak peribahasa 'Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang masam''

Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~

DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.