ahmadezul

AGES - UNTUK YANG BERSABAR

Panjang
MYX:AGES   AGESON BERHAD
Fundamental
1. Telah menerima Purchase Order untuk pembelian pasir dari syarikat China seperti berikut :

GUANGZHAO KAISHENGDA = RM 27.5 billion / 15 Tahun
TECHPACK = RM 339 juta / 5 Tahun

Jika dipuratakan, hasil bagi satu tahun ialah sebanyak RM 1.868 bil atau bersamaan RM 467 juta bagi setiap quarter.

2. Buat masa ini AGESON telahpun menubuhkan dua Joint Venture bersama MBI Kedah dan juga Bintang Dayang pada 27 July 2020 dan 5 June 2020 yang mempunyai lesen mengekstrak dan mengeksport pasir ke luar negara.

3. Namun yang masih menjadi tanda tanya ialah kemampuan/feasibility AGESON untuk mengeksport pasir kepada China kerana ini adalah business baru kepada AGESON yang secara fundamentalnya ketika ini adalah sebuah syarikat construction dan ramai pelabur masih menunggu hasil/keuntungan berkenaan eksport pasir diterjemahkan kedalam QR pada masa akan datang.

4. Perlu dilihat juga ialah pembahagian keuntungan antara AGESON dan syarikat2 JV yang mana akan menguntungkan lebih kepada siapa?

5. Kehebatan QR yang baru menunjukkan kebolehan dan keberkesanan pihak pengurusan dalam mentadbir perniagaan dikala diuji dengan Covid-19. (walaupun disudut account reporting ada perkara yang macam pelik)

Teknikal
1. AGESON telah memecahkan MA200 pada 22 April 2020 dan sejak dari itu mengalami peningkatan tertinggi sekitar 80%.

2. Setelah didatangkan dengan pelbagai berita projek pasir, AGESON bergerak secara sideways di sekitar harga 14.5-19.5 sen untuk tempoh hampir 3 bulan dan resistance trendline telahpun diuji sebanyak 4 kali dengan RSI yang sentiasa berada pada paras sekitar 40%-50%.

3. Dari sudut teknikalnya ia adalah sangat bagus kerana lebih lama proses accumulation, lebih kuat asas harga dan kemampuan saham itu utk pergi lebih tinggi (bukan goreng).

4. Struktur chart sudah menghampiri penghujung kepada pattern yang mana akan menunjukkan kemana arah tuju seturusnya (naik @ turun) yang dijangkakan sekitar sebulan dua lagi.
.
5. QR 1Q2021 dan 2Q2021 adalah sangat kritikal bagi melihat kebolehmampuan AGESON untuk deliver contract berkaitan pasir.

6. Timeframe adalah sebulan ke 2 tahun.

Immediate R: 20 sen
CL: Bawah 14 sen
TP: Agak susah kerana tiada benchmark untuk membuat perbandingan berdasarkan potensi hasil/untung tahunan berkaitan eksport pasir. TBA - let the market decide dulu.

Jika berjaya, potensi AGESON untuk pergi tinggi adalah sangat cerah secerah sinaran mentari di tengah hari di bulan puasa.

Sama2 kita nantikan, sekadar kajian dan pembelajaran.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.