zulhafizsyam

AHB mahu Rebound pada EMA 100?

MYX:AHB   AHB HOLDINGS BHD
1. AHB beberapa hari lalu dilihat kene goreng apabila membuat limit up dan kenaikan mendadak yang luar biasa, kemudiannya membuat penurunan mendadak yang luar biasa juga hanya dalam beberapa hari sahaja.

2. Harini dilihat ia mula berada pada paras normal dan cuba membuat paras sokongan pada EMA100 pada harga 0.130. Jika ia jatuh bawah 0.125 kemungkinan ia akan terus menurun lagi.

3. Petunjuk indi OSEM dilihat telah bagi isyarat L(low) baru dan jika ada kenaikan hari ini, kemungkinan untuk mula bullish ada potensi. Kemungkinan juga akan membuat sideway jika minat belian tidak kuat.

4. Boleh perhatian juga jika RSI berjaya melepasi garis 40, potensi untuk kenaikan juga tinggi.

Kawasan masuk: 0.130 - 0.145
Ambil untung: 0.19
Potong Rugi: 0.125

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.

Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping+OSEM. Hubungi untuk maklumat lanjut.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.