ichivergence_hunter

AIRASIA Pattern Double Bottom Yang Menarik Untuk Diperhatikan

MYX:AIRASIA   None
AIRASIA membentuk pattern double bottom dimana support double bottom adalah di aras 0.520. Dua hari yang lalu, AIRASIA dibuka gap up dan disokong oleh volume yang kuat. Adakah gap ini merupakan runaway gap? Jika ya, harga tidak akan turun mengisi gap akan tetapi terus membuat kenaikkan. Sama-sama kita perhatikan untuk kajian dan pembelajaran. Candle AIRASIA telah melintasi dan ditutup diatas aras EMA50 yang secara teorinya permulaan kepada pergerakan bullish. Arah tuju adalah ke EMA200. Neckline untuk pattern double bottom pula ada di aras 1.10. Jika berjaya dipecahkan, AIRASIA akan terbang lebih tinggi. Dengan adanya vaksin, AIRASIA akan kembali bernafas. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.