NASDAQ:AMAT   Applied Materials, Inc.
AMAT dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Carta pada selang masa mingguan dilihat menguji dan masih berada di sekitar paras RBS rintangan sebelum ini
Jika diperhatikan histogram MACD mingguan, trend dilihat melemah setelah histogram dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan yang baharu
Garisan MACD mingguan belum melakukan persilangan namun selang masa harian menunjukkan persilangan telah berlaku beberapa hari yang lalu (tidak diperlihatkan)
Petunjuk RSI mingguan dilihat sedang condong ke bawah namun masih berada di atas paras 50
Harga berkemungkinan akan menguji semula sokongan dinamik EMA20 mingguan, sekiranya gagal bertahan maka EMA50 mingguan akan bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama didahului terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.