DDNK

“BREAKOUT” KUAT PETANDA PELUANG KEEMASAN UNTUK AMD

Pendidikan
NASDAQ:AMD   Advanced Micro Devices Inc
Advance Micro Devices Inc mencatat kenaikan dalam satu sesi yang tertinggi pada tahun 2019, sekaligus menunjukkan batang lilin pembuka Marubozu hijau. Oleh itu, saham ini akhirnya memecah garisan rintangan trend kebawah dengan jelasnya. Momentum yang kuat ini membuka jalan kearah trend positif yang selari dengan kenaikan jumlah dagangan. Perlu diingatkan indikator MACD juga menunjukkan petanda positif yang mengukuhkan pendapat kami tentang trend saham ini.

Pada masa ini, garisan sokongan terdekat adalah pada paras harga USD27 diikuti dengan paras harga USD25. Di sebaliknya, garisan rintangan terdekat adalah pada harga USD30.30, diikuti dengan paras harga USD34.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.