aihafizal.fx
Singkat

24-Mac-2019 : AMD masih berpotensi untuk mendaki

NASDAQ:AMD   Advanced Micro Devices Inc
Dilihat 139 kali
3
139 0
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

NASDAQ:AMD

Analisa: (Analisis Chart 4D)
1. Jika diperhatikan pergerakan peringkat pertama seolah-olah membentuk "CUP" namun belum ada "Handle" yang terbentuk
2. Trendline masih menghala ke atas.
3. Pergerakan pada carta 1D jelas menunjukkan harga bermain didalam Upward channel.
4. MA semasa menghala ke atas dan harga semasa berada diatas MA merah ( Bullish )
5. MACD juga masih berada diatas paras 0 dan membentuk upward crossing. ( Bullish )
6. RSI masih berada di dalam zon 50-70 ( Bullish )

Jangkaan:
1. Berdasarkan carta semasa, boleh dilihat AMD masih berpotensi untuk mendaki.
2. Namun demikian, dengan penurunan harga pada khamis dan jumaat lepas, ini mungkin akan menyebabkan AMD turun buat seketika sekurang-kurangnya mencari SUPPORT terdekat.
3. Sekiranya harga berjaya menuju ke support terdekat dan tidak berjaya memecahkan support tersebut dengan MARUBOZU , maka peluang untuk pembentukan bentuk Cup And Handle adalah sangat besar.
4. Sekiranya terdapat tekanan jualan ( MARUBOZU MERAH) melepasi support, ini akan menyebabkan harga boleh turun sehingga ke Lower channel band.

Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (intraday @ short swing) saya melihat masih ada peluang untuk harga naik keatas menuju ke Resistant.
2. Berdasarkan analisis asas TA, walaupun harga berada pada zon bullish masih ada potensi untuk harga menurun sementara.
3. Saya lebih suka untuk menunggu terlebih dahulu reaksi pasaran pada hari isnin dan akan melihat apa yang berlaku dengan paras fibo (rujuk rajah dibawah)...dan sekiranya MACD dan RSI masih lagi bertahan diatas saya akan mencari peluang untuk BUY...
4. Sila berikan perhatian juga kepada US100 / Nasdaq kerana pergerakan index boleh mempengaruh pergerakan harga saham AMD .
5. Anda boleh sesuaikan analisis anda dengan perkongsian ini untuk mendapatkan entry yang mantap.

Berikut turut disertakan carta untuk saham AMD menggunakan TF 1 Hari
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Solusi pencartaan Dapatkan Bantuan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Dapatkan Bantuan Idea-idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar