ANCOMLB: Menguji Rintangan

ANCOMLB dilihat telah menguji EMA 200 namun candlestick pada hari tersebut menunjukkan kehadiran upper shadow

Kaunter ini dilihat gagal dalam cubaan memecahkan trendline downtrend
Volume yang hadir pada hari terbentuknya candle hijau ini dilihat kurang normal jika dibandingkan dengan panjang candlestick
EMA 100 juga dilihat seakan ingin bersilang dengan EMA 200 yang menunjukkan signal untuk kaunter tersebut turun
Namun jika dilihat pada RSI, tahap terkini RSI sedang berada di atas paras 60 yang mungkin menunjukkan momentum
MACD dilihat telah bersilang namun persilangan berlaku di bawah paras 0

Justeru boleh disimpulkan kaunter ini mungkin akan kembali downtrend namun mempunyai momentum untuk sedikit kenaikan sekiranya terdapat volume yang hadir
Untuk kembali uptrend, kaunter ini perlu memecahkan paras rintangan harga 0.400 sebelum dianggap mempunyai potensi kembali uptrend

Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Technical IndicatorsTrend Analysis

Penafian