faisalizwan2684

28 Jun 2020 - APPASIA Gameover?

MYX:APPASIA   APPASIA BERHAD
Kaunter ini dalam sektor teknologi dengan sub-sektor perisian.
Dari segi analisis fundamental, rating kurang memuaskan.

Jumlah saham: 345.28 juta
P/E Ratio: -
ROE (%): -1.03

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Garisan MA20 menjadi rintangan terdekat.
Setelah mencecah rintangan kuat pada 0.460, harga tidak berjaya pecahkan rintangan tersebut.
Kemudian, telah berlaku terjunan harga selama 3 hari berturut-turut dengan volume yang sangat tinggi pada 26 Jun 2020.
Ini memberikan gambaran yang tidak baik.
Paras rintangan 0.460 sebelum ini merupakan rintangan yang kuat dan sejarah menunjukkan rintangan ini merupakan paras trend reversal untuk kaunter ini.
Perlu pantau dengan rapat pergerakan harga dan lihat apa yang berlaku pada harga setelah tiba di sokongan 0.220. Sekiranyan pecah, petanda kurang baik.
Indikator stochastic RSI di paras neutral.

Sokongan: 0.220
Rintangan 1: 0.280
Rintangan 2: 0.315
Rintangan 3: 0.340

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #appasia #jun20 #FIAR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.