naimmp98

ARTRONIQ (Bangun dari Tidur atau Sekadar Igauan?)

MYX:ARTRONIQ   ARTRONIQ BERHAD
Sektor:
- Construction, Plastics, Plastic Product (Consumer), Chemicals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, ARTRONIQ lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Walaupun hasil (revenue) meningkat QoQ dan YoY tetapi keuntungan ARTRONIQ menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -724.7% dan -430.31%. Boleh disimpulkan ARTRONIQ adalah 'loss making company'
- Dari sudut Teknikal, setelah ditekan dengan penjualan, ARTRONIQ telah jatuh di bawah MA 50 dan MACD juga jatuh di bawah paras 0.
- Walaubagaimanapun, muncul 4 signal menunjukkan ARTRONIQ akan membuat reversal atau rebound:
1) Candle bullish engulfing.
2) Rebound di atas MA 200.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
4) MACD hampir bersilang di bawah paras 0.
- Persilangan MACD di bawah paras 0 menjadi tanda tanya. Adakah ARTRONIQ akan membuat reversal atau sekadar technical rebound / dead cat bounce sahaja.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Bullish Engulfing = Body candle hijau menelan body candle merah sebelumnya. Keadaan dimana harga dibuka lebih rendah berbanding harga ditutup sebelumnya dan harga ditutup pula lebih tinggi berbanding harga dibuka sebelumnya dengan candle sebelumnya adalah merah iaitu harga dibuka lebih tinggi daripada harga ditutup. Kebiasaanya harga akan menaik.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika
sebelum meneruskan penurunan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.