tariqrahmalan

TIBA #8 : ASIAPLY, Ada bakal fly beraya dengan profit? Atau ??

MYX:ASIAPLY   ASIA POLY HOLDINGS BHD
=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "ASIAPLY" secara umum menunjukkan "sedang" memasuk Fasa "MARKUP", namun kenaikan parabolic sebanyak hampir 465% sejak 30 April yang lalu adalah kurang sihat. Walaupun boleh dilihat dengan Higher High pada harga RM 0.125 dan Higher Low pada harga RM 0.085, namun kenaikan terusnya lebih mendatangkan kegusaran.
Selain itu,candlestik telah TIDAK berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM 0.260. Namun, trend "UPTREND" kelihatan di carta.

Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 0.260 dan support pada harga RM 0.225.
"Selain itu", volume dilihat mengalami "kenaikan" yang "konsisten" sejak tiga (3) hari yang lalu menunjukkan minat "belian" yang semakin "meningkat". Kaunter ini dijangka akan mengalami “profit taking” dan bakal menuju ke support yang dinyatakan.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Tiada Canclestick chart pattern dapat dikesan buat masa ini.
"Minor" Bearish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang membentuk seakan - akan "Spinning Top" pada tarikh 3 Julai 2020 menunjukkan berkemungkinan bakal berlaku bearish reversal.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat "berada di bawah " candlestick menunjukkan "Hold” Signal. Namun, candlestick pattern telah memberi amaran awal kepada para pedagang sebarang kemungkinan terhadap pasaran.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "berlegar" di paras "Overbought" menunjukkan momentum "belian" masih "kuat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga yang tidak berjaya memecahkan resistence bakal berada di sekitar ratio "23.6" menandakan kaunter boleh mengalami "pullback yang sihat" sekiranya mampu bertahan di support RM 0.225.

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.