ichivergence_hunter

ASIAPLY Cubaan Menukar Arah Aliran

MYX:ASIAPLY   ASIA POLY HOLDINGS BHD
ASIAPLY jika dianalisis menggunakan indicator Ichimoku Cloud, dapat dilihat kaunter ini sedang dalam fasa permulaan lembu. Jika berjaya memecahkan awan ichimoku dan berjaya mempertahankan lilin dari terjunam ke bawah awan, ASIAPLY menarik untuk diperhatirapatkan. Garisan aliran menurun juga semakin hampir untuk dipecahkan. Lilin pada carta juga telah berjaya ditutup diatas aras EMA50 dan EMA200. Secara teorinya, kaunter ini sedang dalam fasa permulaan melembu. Aras rintangan kuat adalah di 0.335. Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.