AUDUSD kelihatan seperti bersedia untuk melonjak naik pada minggu ini.
Adakah ia akan menjadi?
Tiada siapa yang tahu, tetapi seperti yang kami sebutkan pada awal minggu yang lalu, corak bull flag yang telah terbentuk sejak awal Januari mempunyai tanda-tanda bullish.
Kami melihat dolar Australia melambung dari support trendline minggu lalu.
AUDUSD juga ditutup di atas 0.7640 pada hari Jumaat.
Sekiranya anda melihat teknikal analisis kami pada awal minggu lalu, kami menyatakan bahawa 0.7640 berkemungkinan akan berfungsi sebagai support minggu ini.
Ini telah terjadi dimana pada sesi Isnin harga melonjak dari paras 0.7650.
Seperti yang telah kami nyatakan selama dua hujung minggu yang lalu, pembeli AUDUSD perlu menembusi rintangan trendline untuk mengesahkan penembusan.
Ini bermaksud penutupan harian, atau minimum 4 jam, di atas 0.7730.
Sekiranya pembeli dapat melakukannya, tidak banyak yang berhenti pada 0.7815 dan mungkin 0.7930 pada sesi akan datang.
Melihat pada tindakan harga sejak November lalu, ada kemungkinan besar penembusan dari struktur ini mensasarkan 0.8400 tahun ini.
Sekiranya corak ini adalah bull flag, ini bermaksud titik permulaan bagi bull flag ini bermula sejak November 2020 pada 0.6990.
Sebanyak 830 pips pergerakkan sehingga tahap tertinggi tahun ini pada 0.7820.
Sehingga 2 Februari ini anda boleh mensasarkan harga sehingga 0.8390.
Kita akan melihat apakah ini akan berlaku, walaubagaimanapun, AUDUSD masih belum mendapat penembusan pada 0.7730.
Alternatif, harga bagi AUDUSD akan ke paras 0.7640 kembali sekiranya tidak berjaya melakukan penembusan untuk minggu ini.