AYS dilihat bergerak menaik mematuhi sokongan dan rintangan saluran yang terbentuk sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
EMA20 dan EMA50 mingguan dilihat bertindak kuat sebagai sokongan dinamik yang menyokong pergerakan harga
RSI mingguan dilihat berada di paras positif menunjukkan kehadiran momentum sekiranya harga hendak membuat kenaikan
Jika diperhatikan pada histogram MACD mingguan, terdapat pembentukan divergence kenaikan tersembunyi beberapa minggu dagangan yang lalu
Rintangan kritikal seterusnya dilihat berada di sekitar paras harga 0.860, momentum yang kuat diperlukan untuk memecahkan rintangan ini sekiranya harga ingin meneruskan kenaikan
Trend secara amnya dilihat cenderung untuk meneruskan kenaikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan