ichivergence_hunter

BIOHLDG Sedang Cuba Mengubah Arah Dari Menurun Kepada Menaik

MYX:BIOHLDG   BIOALPHA HOLDINGS BERHAD
BIOHLDG perlahan-lahan bergerak ke atas dimana pada minggu ini kuat bertahan diatas aras sokongan 0.130 dan volume pun sudah makin berkurangan menandakan selling pressure sudah semakin perlahan sambil menantikan fresh buying volume masuk. Terdapat garisan EMA200 dan juga garisan menurun 2 tahun (DTL 2yr) untuk dilepaskan. Adakah BIOHLDG mampu mengumpul cukup kekuatan untuk menukar arah tujuan dari menurun kepada menaik? Sama-sama kita perhati rapat. Jika dilihat pada indicator Inchimoku, BIOHLDG telah pun memecahkan awan ichimoku disokong oleh volume yang kuat dan masuk bertahan diatas kumo support. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Sama-sama kita sediakan trading plan dan mencari peluang ya. Fundamental pun menarik kaunter ni. Pemegang saham utama adalah PNB dan MTDC. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.