mdesa502my

Berehat sebentar dan tunggu next round.

MYX:BIOHLDG   BIOALPHA HOLDINGS BERHAD
Pada 22 Julai jam 5ptg telah di umumkan Biohldg dapat kontrak RM 2.1 Billion healty food suppliment ke China selama 5 tahun, kemudian pada 23 Julai stok ini meletup dan melonjak tinggi dan berjaya memecahkan garisan tertinggi nya.

Sesiapa yang dulu penah masuk saham ini sejak 2018 (spt saye hahahaha) memang betul betul menduga emosi pelabur kerana ia downtrend dan sideway yang agak lama. Tambahan pula dengan gelagat Board Of Director yg kejap buy kejap sell menimbulkan tanda tanya kpd retailer. Jika bosan menunggu pasti terpaksa cut loss dgn nilai yang besar. Semasa covid-19 melanda dan PKP, semua stok berada di paras paling bawah, kesempatan ini diambil utk terus buat average down dan dapat tarik price turun ke bawah.

Pada 23 Jul 2020 jam 11:45 tghri candle mencanak tinggi (Alhamdulliah dapat profit 284 % pada stok anaknya BIOHLDG-WA) terus jual stok pada harga 0.31 sebab dijangka pada tarikh 23 Jul 2020 itu price akan close jam 5 ptg di luar upper Bollinger Band ia satu petanda yang tidak baik.

Dan pada hari ini 24 Jul 2020 ( Jumaat) seperti yang dijangka open price berada di luar BB , dan candle mesti akan ke bawah utk masuk ke BB semula . Candle jadi merah kerana kebiasaaannya hujung minggu ramai akan buat profit taking dan dijangka price akan terus turun pada minggu ini dan minggu depan. Tambahan pula index KLSE pada 24 Jul semua merah.

Oleh itu, jika merujuk pada chart, untuk short term boleh cuba untuk entry pada 0.28 ( rujuk chart fibonachi).
Kemudian tunggu lagi hingga jatuh paras 0.215-220 untuk re-entry iaitu di atas garisan trendline stok ini.

Sykt ini sudah ada jaminan projek utk 5 tahun akan dtg, FA sykt ini juga nampak baik, jadinya peluang ini wajar diambil oleh pelabur-pelabur.

Semoga idea ini bermanfaat.

Good luck.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.