Meem

BJFOOD: Divergence?

MYX:BJFOOD   BERJAYA FOOD BERHAD
Saham syarikat Berjaya Food Berhad dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Terkini, lilin pada selang masa mingguan dilihat gagal tutup di atas tinggi harga sebelumnya
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan menunjukkan kehadiran 'divergence' tatkala harga membuat tinggi baharu
Volum juga dilihat semakin berkurang, tidak selari dengan pergerakan harga yang semakin meninggi
Pergerakan harga dilihat masih lagi mematuhi MA50 mingguan sebagai sokongan dinamik menyokong pergerakan menaik harga
Lilin pada selang masa mingguan pula dilihat berada di atas sokongan dinamik MA20 harian
Harga dilihat semakin kekurangan momentum dan tidak mustahil akan turun menguji kekuatan sokongan terdekat
Tidak mustahil juga harga bergerak menaik membatalkan pembentukan 'divergence' sekiranya terdapat minat belian

Mampukah harga bertahan dan meneruskan kenaikan semula? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.