naimmp98

BSLCORP (Empat Petunjuk Jelas Sebelum Naik ke atas)

MYX:BSLCORP   BSL CORPORATION BERHAD
Sektor:
- Metals, Plastics, Plastic Product (Consumer), Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- BSLCORP tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 12 quarters terkini, separuh atau 6 quarters sahaja yang mencatatkan keuntungan. Selebihnya iaitu separuh atau 6 quarters lagi mencatatkan kerugian. Walaubagaimanapun, keuntungan BSLCORP meningkat YoY sebanyak 368.37%.
- Secara overall, hasil (revenue) pula dilihat berada dalam keadaan mendatar. Revenue QoQ meningkat sebanyak 9.47% tetapi menyusut YoY sebanyak -5.78%.

~Teknikal~
- BSLCORP masih di atas MA 50 menandakan BSLCORP masih uptrend untuk mid term.
- Sepanjang kenaikan ini, BSLCORP beberapa kali rebound di atas MA 50 yang merupakan support dinamik baginya.
- Analisis ini mendapati bahawa dua proses rebound yang lepas (rujuk garisan menegak berwarna hijau) didorong oleh 4 petunjuk:
1) Sebelum rebound, muncul signal 'hidden bullish divergence' daripada indikator stochastic RSI menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian masih lebih kuat.
2) Terbentuk reversal candlestick iaitu three line strike pada rebound pertama dan morning star pada rebound kedua.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support baru yang terkuat iaitu MA 50.
4) MACD 4R1G. (Penerangan di nota kaki).
- Secara kesimpulannya, setelah muncul signal 'hidden bullish divergence', BSLCORP rebound di atas MA 50 dengan pembentukan reversal candlestick, stochastic RSI cross di paras oversold dan MACD 4R1G.
- Terkini, sejarah rebound BSLCORP seperti ingin terukir kembali apabila muncul 3 daripada 4 petanda rebound. Tiga petanda tersebut adalah munculnya reversal candlestick iaitu tower bottom, MACD 4R1G dan stochastic RSI cross up di paras oversold. Satu petanda yang tiada adalah signal 'hidden bullish divergence'. Berkemungkinan minat pembelian terkini semakin lemah dan semakin diatasi oleh momentum penjualan yang kuat dan keadaan ini mampu mendorong harga untuk jatuh.
- Jika BSLCORP mampu bertahan di atas MA 50, harga mampu menuju ke paras harga RM 1.220 yang merupakan ATH bagi BSLCORP pada 30 Oktober 2006 lalu.
- Jika harga tidak mampu rebound dan jatuh sehingga ke bawah MA 50, harga berkemungkinan akan jatuh sehingga ke support seterusnya iaitu pada paras harga RM 0.670.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.