bookmapgold

Bitcoin dalam zon support yg kuat...

Panjang
BITSTAMP:BTCUSD   Bitcoin
Bitcoin pada timeframe weekly W1 kini dalam trend menurun (downtrend) dan harga semasa kini berada di dalam zon support (28891.03 – 35671.13). Ia berkemungkinan akan membuat kenaikan semula jika penurunannya tidak melepasi di bawah zon support. Para pedagang kini berpeluang untuk entry buy dengan MM yang ketat berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Pastikan meletakkan Stop Loss SL atau cutloss jika ia meneruskan penurunan melepasi di bawah zon support. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon resisten seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Namun perlu di ingat timeframe weekly ini julatnya amat besar dan sebarang kesilapan akan mengakibatkan kerugian yang amat besar. Entry dalam kawasan zon yang akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.