zackdinz

Bitcoin masih tidak menentu

Singkat
COINBASE:BTCUSD   Bitcoin

Analisis Bitcoin

Carta 4 jam

Indikator Smoke
Saiz indikator smoke yang masih besar dan luas menunjukkan market dalam keadaan tidak menentu dengan keadaan turun naik pada paras yang besar (fluctuate). Untuk menentukan arah sebenar market, keadaan indikator smoke perlu dalam keadaan mengecil. harga pula telah berada di bawah indikator smoke, sekiranya harga kekal di bawah indikator smoke sehingga indikator smoke mengecil, harga akan berkemungkinan untuk terus jatuh.

Indikator Band
Indikator band menunjukkan harga sokongan dan rintangan (support and resistance) berada pada paras 4019, 3879 dan 3555. Harga telah jatuh di bawah 3879.

Indikator Supertrend
Indikator Supertrend menunjukkan market masih dalam keadaan tren ke bawah.

Kesimpulan
Dalam keadaan market tidak menentu dengan harga turun naik dalam keadaan jarak yang luas. strategi posisi berdasarkan supertrend adalah sangat baik. dalam keadaan sekarang, posisi menurun atau pendek adalah posisi yang mendominasi kerana ketiga-tiga indikator menunjukkan tren ke bawah. tetapi sekiranya harga menembusi ke atas paras 3879 dengan di sokong indikator supertrend, posisi ke atas atau panjang adalah sangat sesuai. pastikan posisi tutup semasa rugi di rancang dengan baik dalam keadaan market tidak menentu (fluctuate). sekian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.