Pak_Din

CAREPLS- Menghampiri support

MYX:CAREPLS   CAREPLUS GROUP BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- Sebagai rujukan carta harian kaunter CAREPLS , CAREPLS masih menunjukan trend penurunan dan tiada tanda perubahan trend berlaku.
- Garisan ema semua di atas candle jelas membawa maksud trend masih dalam keadaan downtrend.
- Purata belian semakin menurun berdasarkan purata belian selama 20 hari.
- MACD dan Stoch RSI menyokong bahawa CAREPLS masih dalam keadaan downtrend.
- Paras harga CAREPLS betul-betul berada di atas garisan support. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .

Dari sudut fundamental

- Secara keseluruhannya, syarikat CAREPLS merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.

- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan CAREPLS mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 123.54 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 42.30 juta.

- EPS semasa syarikat iaitu 44.52 membuktikan stok CAREPLS adalah stok undervalue.

Artikel yang berkaitan dengan kaunter sarung tangan :

1. intraday.my/kaunter-sarung-tanga...
2. moneycompass.com.my/bm/2020/08/2...
3. beritakini.biz/klci-pares-loss-k...

Berdasarkan analisis saya untuk bacaan saudara?.Apakah keputusan saudara?...Pepatah berbunyi 'Tepuk dada tanya selera'.


PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.