COCOLND dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu sebelum membuat kenaikan menguji paras rintangan
Pergerakan harga seakan dilihat membentuk corak carta segi tiga menaik namun keberadaan corak tersebut seakan menimbulkan keraguan atas beberapa faktor.
Jika diperhatikan carta dagangan tahun terkebelakang, pembentukan lilin adalah dilihat tidak sekata menunjukkan kurangnya penyertaan para pedagang.
Pembentukan corak carta segi tiga menaik juga adalah kebiasaannya terjadi dengan pergerakan trend harga sebelumnya.
Lilin pada hari terakhir dagangan juga dilihat merah dan tutup di bawah paras rintangan disertai volum yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya.
Namun, tidak mustahil juga harga akan membuat pergerakan berikutan terdapatnya kehadiran volum pada beberapa hari dagangan sebelum ini.
Penunjuk RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat berada di atas paras purata RSI menunjukkan terdapatnya momentum.
Pergerakan lilin dagangan harian adalah dilihat disokong oleh EMA20 sebagai sokongan dinamik terdekat (tidak ditunjukkan)
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!