deanmentari

COMFORT kombinasi analisa 5 Alat Fibonacci

Panjang
MYX:COMFORT   COMFORT GLOVES BERHAD
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :

Analisa Teknikal dengan mengunakan 5 Alat Fibonacci untuk mencari arah aliran jangkaan gelombang bergerak dengan setiap tahap (level) Fibonacci.

1. Fibonacci Extension - kegunaan utk mencari unjuran arah tahap fibonacci di setiap gelombang menaik ataupun menurun
2. Fibonacci Retracement - kegunaannya adalah mengukur tahap penurunan di setiap kali gelombang pembetulan
3. Fibonacci Wedge - amat berguna utnuk pebngesahan unjuran arah tahap fibonacci extension di setiap gelombang menaik ataupun menurun
4. Fibonacci Trend Time Based - digunakan untuk mengukur tahap masa unjuran tren gelombang
5. Fibonacci Cluster - adalah kombinasi dengan mengunakan Alat Fibonacci "Extension dan Retracement" bagi mencari titik pertemuan (Confluence) bersama untuk penandaan gelombang C berakhir.

#MomentumBreakout

setelah Gelombang pembetulan yang panjang dalam sektor industri Penjagaan Kesihatan & Gloves.
kini sedang berada pembalikan untuk menaik ke gelombang satu yang baru dengan Corak "Impulse 12345" atau "Ending Diagonal"


*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.