deanmentari

COMPASS #NYSE agak menarik pelaburan masa depan

Panjang
NYSE:COMP   Compass, Inc.
Compass, Inc. (COMP)
Disenaraikan - NYSE - USA
Kapital Pasaran : USD 6.21 Billion
Sektor : Teknologi

PATUH SYARIAH (Y/N) - Tidak diketahui buat masa ni

PROFIL SYARIKAT

Compass, Inc. menyediakan perkhidmatan pembrokeran harta tanah di Amerika Syarikat. Ia mengoperasikan platform berasaskan awan yang menyediakan rangkaian perisian terpadu untuk pengurusan hubungan pelanggan, pemasaran, perkhidmatan pelanggan, operasi, dan fungsi lain, serta perkhidmatan broker dan perkhidmatan bersebelahan dalam industri harta tanah.

Analisa Teknikal Gelombang Elliot :

kini berada di gelombang pembetulan kecil 2 berkemungkinan akan mebentuk corak "FLAT" (ABC) & setelah berakhir gelombang pembetulan 2 ini , ianya akan kembali mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .

Nota Teknikal Analisis : -
*Corak kerap berlaku - Pepenjuru Awal ( leading Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 12-16 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume

Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.