CSCENIC masih menguji di kawasan sokongan, untuk meneruskan kenaikan harga perlu merentasi dan bertahan di atas garisan rintangan menurun. namun berhati hati sekiranya harga mampu membuat jatuhan di bawah kawasan sokongan

CSCENIC mencatatkan kenaikan hasil pada Q3 Sep 22 sebanyak RM23,477,000 berbanding Q2 Jun 22 RM22,948,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM529,000. Keuntungan bersih yang dicapai bagi Q3 Sep 22 RM6,120,000 membuat kenaikan jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM5,493,000 mencatat perbezaan sebanyak RM627,000.

Pemegang saham utama bagi CSCENIC yang direkodkan pada 11 May 22 terdiri daripada ONG CHOO MENG 15.05% sebanyak 36,260,000 unit saham yang bernialai 38.80M , diikuti COMPLETE LOGISTIC SERVICES BERHAD 14.94% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 36,000,000 unit saham dengan nilai sebanyak 38.52M dan CHIAU BENG TEIK merupakan pemegang saham ketiga terbesar, memegang sebanyak 4.95% , 11,920,000 unit saham dengan nilai sebanyak 12.75M

corak carta : segitiga menurun

Nota : menerbit kan idea ini adalah semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Support and ResistanceTrend AnalysisTriangle

Penafian