naimmp98

D&O (Meninggalkan Petunjuk Sebagai Panduan)

MYX:D&O   D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD
Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductors, LED, Electric Vehicles.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) D&O dilihat uptrend. Sejak Ogos 2020, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat dengan drastik. D&O telah mencatatkan keuntungan dan hasil (revenue) tertinggi dalam QR nya yang terbaru pada 24 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, D&O dilihat menjadikan MA 20 atau mid BB sebagai dinamic support.
- Harga kebiasaanya akan pullback sehingga ke paras MA 20 atau mid BB sebelum rebound hingga ke upper BB.
- Dalam kenaikan ini, berlaku strong bearish divergence dan ini mungkin boleh dijadikan panduan sebagai langkah berhati² jika ianya berlaku sekali lagi.
- MACD juga dilihat sedang cross up di atas paras 0. Kebiasaanya selepas MACD cross up, harga akan mula naik.

Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Mid BB = Middle Bollinger Bands yang merupakan MA 20.
* Upper BB = Upper Bollinger Bands yang merupakan garisan di atas mid BB.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana harga menaik tetapi oscilator seperti stochastic RSI menurun. Kebiasaanya harga akan menurun.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.