muhammadzaim86

DATAPRP, Menuju ke atas RM 1 semula?

MYX:DATAPRP   DATAPREP HOLDINGS BHD
1. Kaunter DATAPRP telah bergerak secara sideway semenjak penghujung oktober di julat harga 0.850 - 1.060.
2. Harga telah mencecah paras Gann di 0.860 dan membuat kenaikan sehingga 12 bid untuk ditutup pada harga 0.935 di jam terakhir dagangan.
3. Dapat dilihat dalam fasa sideway ini, ini adalah kali kedua harga membuat kenaikan yang tinggi selepas RSI mencatatkan bacaan oversold.
4. Volume Profile memberikan paras rintangan POC di harga 1.030.
5. Harga juga ditutup di hampir di zon 38.2% FR.
6. Possible Scenario:
a. Harga akan dibuka rendah menuju ke paras Gann di 0.910 untuk menarik minat membeli, di mana buy position boleh dibuka, sebelum harga menyambung kenaikan dengan paras Gann seterusnya di 0.960 menjadi TP1 dan juga paras EMA200 menjadi TP2. SL boleh diletakkan di bawah paras Gann 0.91 atau garisan sokongan di 0.895.
b. Minat membeli gagal memberikan momentum kenaikan harga dengan harga akan kembali menuju ke paras sokongan Gann di 0.860.

Wallahualam

Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.

#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiansaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.