AbangManuK

DOLPHIN - Potensi Si Pelumba Bursa.. Bangkit!!

Panjang
MYX:DOLPHIN   DOLPHIN INTERNATIONAL BERHAD
Yuhuuu...Opps..Assalamualaikum..~~(over eksaited la pula)

.
Kembali lagi bersama Abam_Manuk..amacam market beberapa hari selepas Abe Bedin menang jadi Presiden US??
Bukan Presiden Persatuan Jejaka Belah tengah ..bukan presiden persatuan taichi .. tetapi Presiden Amaaarekka Syarikat!!! (Nasib Baik Bang Non takda di sana)...Uncle Jagung pun tewas..give up siap tiup trompet..
Bukan main gempak lagi kan.. impaknya dapat dirasai hingga ke seluruh pelusuk dunia..

Tidak terkecuali dengan pasaran saham kita yang semakin 'Seksi' (time bullish Seksi laa, time bearish, umm..habis kita seksa...aduyaii)
Cumanya, pasaran kita ni tiba-tiba seakan mabuk ketum..hari ni dia libas..besok di belai..hurmmm hareyyy~~
Dalam pada pasaran menjadi lembu gila...banyak kaunter-kaunter 'penny & super penny' dan ada juga super duper truper penny..bangun dari 'tidur'

Okay..bukan apa..dek kerana market nampak meriah, maka abam pun pegi la memancing...so, teringat la dengan satu-satunya ikan di bursa...tak lain tak bukan DOLPHIN...walaupun dia bukan ikan betul..tapi perangai dia ni boleh tahan.. habis bucu katil di gigit kalau tak kena cara...ramai yang kecundang emosi..tapi kalau dah dia mula berenang...kita pun tumpang meraung ria gumbira..
penampakan gerakan DOLPHIN sejak beberapa hari lalu (rujuk kotak kuning) bermula pada paras harga 0.060 dan hari ni berjaya membuat kuak lentang pada paras harga 0.08 (+14.29%)..
nampak tak parit besar untuk DOLPHIN ni lompat..??? Insha Allah..ia akan cuba menutup parit sebanyak 0.010 @ 10.70% tu sebelum berenang dengan lebih jauh...
.
.
Tapi sebelum tu, abang hakak ni ke Dolphin buat apa?? Haa..tengok bawah ni ..sahaja abam tak translate ke bahasa Melayu, sebab lain macam pula bunyinya nanti..so, abam guna bahasa omputih la yerr..janji faham..hehe

''Our complete suite of integrated solutions includes an extensive range of services. This comprises Mechanical and Engineering solutions for automation and Turnkey solutions from the design to the commissioning of an entire palm oil mill''

Haaa keyword dia ...PALM OIL..ada apa dengan PALM OIL??? haaa boleh rujuk dengan pautan abam di bawah berkenaan betapa padunya Crude Palm Oil sekarang....massyukkkkk..kaunter-kaunter sawit semuanya ke terbang ke bulan....Walaupun bukan 100% dipengaruhi oleh sektor Oil Palm Plantation, tetapi kelihatan serba sedikit ia telah memberi tempias pada Dolphin yang turut terlibat dalam industri pemprosesan minyak sawit mentah (CPO)...

Seperti yang telah di conteng-conteng pada chart di atas..segalanya telah abam coretkan...abam tolong highlight pit stop yang mungkin bolah abang hakak jadikan panduan...
mungkin tak selengkap sipo-sipo lain..abam pun masih belajar...tapi kita cuba utamakan asas dulu yerr~~
kalau dah terer... tak payah conteng chart, tenuuuung ja sambil kemut2 mulut..pastu tekan ja buy,..,sell pula..ikut jurus masing-masing..hehe
.
.
Bila Profit, JOget....Bila Loss, Kaget..itulah asam garam seorang pedagang saham...

Okay..!! Setakat itu coretan abam hari ini ..semoga memperoleh profit sepanjang minggu ini..
Jangan TAMAK..Jangan TAMAK dan Jangan TAMAK...No..No..No..
Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...samjeyy??!!

Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
penting bagi abang hakak kenalpasti RISK & REWARD RATIO (RRR) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'

Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~

DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk [b]LIKE , SHARE & FOLLOW[/b] page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.