jerungsaham

ESAFE: Masih Mencari Kenaikan Ideal (Cup and handle)

Panjang
MYX:ESAFE   EVERSAFE RUBBER BERHAD
Kajian kali ini kita akan bincangkan berkaitan pergerakan harga bagi kaunter ini. Berdasarkan garis persilangan trend dapat kita andaikan sebagai support terkini dan resistance lampau di mana harga tersebut agak sukar ditembusi. Setelah berjaya ditembusi, harga mencanak naik menghampiri ATH ketika kaunter ini mula - mula disenaraikan dalam IPO, sebelum membuat penurunan drastik. Corak lilin "filled buliish" menunjukkan kelemahan dalam membuat kenaikan, kebarangkalian harga akan membuat penurunan sementara ke arah paras harga 0.305 sebelum kembali naik.

Teknikalnya, kaunter ini akan cuba untuk membentuk lekukan cup sempurna dalam masa mendatang dan membuat kenaikan baru menembusi paras harga ATH tahun 2017. SnR terhampir saya senaraikan seperti di bawah:

Support: 0.305
R1: 0.330
R2: 0.355
R3: 0.400
R4: 0.455

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.