Meem

ETH: Akan Mengatasi BTC?

BINANCE:ETHBTC   Ethereum / Bitcoin
Carta ETHBTC secara jangka masa panjang dilihat telah membentuk corak carta 'cawan dan pemegang' pada selang masa mingguan

Analisa volum mendapati profil volum adalah selari dengan pembentukan corak carta terbabit.
RSI harian dilihat telah berada di atas garisan purata RSI menunjukkan terdapatnya momentum sekiranya harga ingin meneruskan kenaikan.
Walaubagaimanapun, petunjuk RSI mingguan dilihat masih lagi di bawah garisan purata.
Trend harga buat masa sekarang dilihat masih lagi bergerak dalam fasa mendatar mematuhi saluran.
Pergerakan harga adalah dilihat kuat disokong oleh EMA20 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat.
Sekiranya harga berjaya naik melepasi garisan rintangan corak carta tersebut, tidak mustahil ETH akan menguat berbanding BTC.

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.