zulnureen

FBMKLCI: Masih di lihat Jatuh

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI

Melihat pada garisan Gann 1x1 yang di plotkan ke carta harian, kedudukan harga semasa berada di bawah paras garis neutral yang sedang jatuh. melihat cuma pada garisan 1x1 dan harga, kesimpulan yang boleh di buat ialah, FBMKLCI sedang dalam zone 'strong bear' dan ia dilihat sedang di dagangkan di antara paras support dan resistance 1620 dan 1666, pada ketika ini di lihat paras halangan terdekat ialah di paras 1655, sehinggalah paras ini di tembusi ke atas, barulah paras 1666 akan di uji. sesuatu yang menarik berkaitan FBMKLCI ialah, pada tarikh 29hb March apabila pasaran di tutup, di dapati 65% daripada 25% saham komponen FBMKLI yang mewakili 50% nilai keseluruhan FBMKLCI sedang dalam pergerakan jatuh. dari data yang di perolehi ini, kesimpulan yang boleh di beri ialah, FBMKLCI berkemungkinan tinggi akan mengalami kejatuhan. paras 1626, iaitu paras terendah waktu lepas, sudah pasti akan di uji, dan jika di tembusi, paras 1620 di harap akan menjadi benteng pertahanan dari kejatuhan. paras berikut yng akan di uji ialah paras psikologi 1600 (1603). berkemungkinan, pada paras ini. FBMKLCI akan memberi satu reaksi yang positif dan menendang semula indeks FBMKLCI ke atas semula. andakata paras psikologi ini juga gagal di pertahankan, maka satu pembacaan baru akan di lakukan. Garisan gann 1x1 itu memang sengaja di pangjangkan, andai garisan ini ditembusi ke atas semula, harapan FBMKLCI berpatah arah dan naik semula amat lah cerah, tetapi, andaikata indeks FBMKLCI dan garisan ini bertambah jauh jaraknya, agak sukar untuk mengatakan bahawa FBMKLCI akan berpatah arah dalam masa yang terdekat ini. saham-saham komponen FBMKLCI yang harus di beri tumpuan adalah MAYBANK, PBBANK, PCHEM, TENAGA, IHH, CIMB, HLBANK dan MAXIS. jika melihat pada trend semasa ini (macd) 7/8 saham yang di sebutkan sedang mempunyai nilai MACD yang negatif, ini membawa maksud bahawa trend saham saham tersebut sedang jatuh.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.