zulnureen

FBMKLCI: Kitaran 10 tahun, selangkah ke GARISAN penamat

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI

indeks yang naik pada tahun 1986 mengalami kejatuhan pada sekitaran tahun 1997, setelah kenaikan selama 10 tahun, kemudian naik semula pada tahun 1998 sehingga tahun 2008 sebelum mengalami semula penurunan, sekali lagi dalam selang masa 10 tahun, dan gelombang kenaikan terakhir nya bermula pada tahun 2009, dan 10 tahun selepas itu ialah tahun 2019, iaitu tahun ini,
kajian yang di lakukan ini, semata mata melihat pada carta Analisa teknikal.
melihat pada gelombang indeks terkini, ia dilihat berkemungkinan membentuk corak bahu dan kepala, dan kemungkinan juga corak double top. dari corak corak tersebut, saya telah membuat andaian bahawa, andai garisan sokongan kritikal 1650 di bolosi, dalam masa yang terekat ini, ada kemungkinan kenungkinan bahawa indeks FBMKCLI akan jatuh ke sasaran pertamanya, iaitu sasaran double top di paras 1400 dan jika sasaran ini di bolosi maka kemungkinan ia bakal menuju ke sasaran berikutnya, iaitu sasaran bahu dan kepala di paras 1200.
Sebelum kita melihat kepada garisan Gann, suka saya untuk memberitahu anda, saya melihat indeks telahpun jatuh di bawah paras sokongan ichimoku bulanan 1700 yang kini bertukar peranan menjadi paras halangan (dalam erti kata lain, untuk melayakkan indeks sebagai sedang dalam gelombang yang mendaki, ia mestilah mendaki atas paras ini semula)
Melihat pula pada garisan kipas Gann, indeks kini betul betul berada di zon kritikal. saya melihat, jika indeks jatuh di bawah paras 1650, ada kemungkinan kemungkinan yang menunjukkan indeks bakal melorot laju ke paras yang lebih rendah. kemungkinan kemungkinan untuk melotor jatuh ke paras 1400 itu jelas, tetapi berkemungkinan paras paras 1600, 1550, 1500 dan 1450 itu akan menjadi paras sokongan psikologi dalam menuju ke paras 1400. jika kejatuhan ini berVelositi tinggi, paras sasaran pertama dengan kejatuhan di bawah paras 1600 menuju paras 1400 mungkin akan tercapai dalam suku terakhir tahun ini, dan berikut nya sasaran 1200 pada tahun 2020.
pangkajian analisa teknikal ini adalah berdasarkan carta diatas sahaja untuk tujuan pembelajaran. sila rujuk kepada remisier dan pakar pengkaji analisa teknikal sebelum membuat keputusan. terima kasih.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.