osmanabdmoin

BSKL - Jangkaan halatuju tahun 2021

Panjang
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
FBM KLCI dijangka melabuhkan tirai tahun 2020 pada paras sekitar 1658.28. Terdapat tanda positif untuk index menjadi bull pata tahun hadapan dan semua pelabur mengharapkan tahun hadapan adalah tahun superbull di seluruh dunia. ini berdasarkan perkembangan positif tentang vaksin COVID19 yang telah diluluskan oleh FDA dan mula menjadi rebutan semua negara didunia. Terdapat jugar berita yang sesetengah negara telah mula menyuntik vaksin batch pertama dalam seminggu dua ini.
Dijangka separuh daripada populasi sesetengah negara akan selesai di vaksinasi menjelang Q1 2021.

Selain itu, kenaikan ekonomi disokong dengan permulaan kenaikan harga minyak dunia yang telah mencapai paras lebih USD 50 setong. Dengan pembukaan sektor ekonomi akan menaikkan semula sektor penerbangan, sektor perlancongan dunia dan merancakkan ekonomi semua negara. Harga minyak disasarkan akan mencapai paras USD 90 setong seperti sebelum kejatuhan ekonomi dunia sebelum ini.

Jangkaan saya untuk indek BSKL tahun hadapan.
1. Indek akan mencecah resistan paling kuat BSKL iaitu 1712.94 dan berlegar-legar atau jatuh sedikit ke paras 1688.30 dalam bulan January 2021 sebelum menyambung kenaikan.
2. Sekiranya momentum mencukup/Indek untuk memecahkan resistan 1712.94, akhir Januari atau awal Febuari indek akan mulakan perjalanan ke 1805.62 pada Q1 2021.
3. Sekiranya momentum tidak kuat maka indek akan bermain sekitar 1712.94, 1688.30, 1658.28 sebelum memecahkan 1712.94 dn meneruskan kenaikan ke 1805.62 pada Q2 2021.

Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya.
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi.
Sila buat penilaian anda sendiri. (bukanbuycall) - (TAYOR)

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.