FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
“Adakah pasaran saham akan masuk ke fasa ‘bear market’? Bila market nak crash? Agak-agak sejauh mana market boleh jatuh?”

Ini antara soalan yang seringkali kila dengar. Namun pada saya apa yang lebih penting adalah reaksi kita terhadap ‘market behaviour’. Tidak siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Sebagai contoh kita melihat ada pengumuman dan berita baik berkenaan pasaran saham. Maka ramailah pelabur mula membeli saham kerana percaya akan berita tersebut. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelabur yang bijak bertindak di atas ‘market reaction’ dan bukannya pada sesuatu pengumuman/berita.

KLSE - Jadi ke mana hala tujunya?

Jangka Panjang


1.Apabila hendak menganalisa hala tuju masa panjang, saya akan melihat kepada Market Cycle. Saya percaya kedudukan kita sekarang berada pada permulaan Down Trend cycle. Kenaikan baru-baru ini (dari 26 Disember sehingga kini) merupakan ‘Bull Trap’. Pasaran saham juga merupakan refleksi kepada psikologi dan emosi. Apabila pasaran sudah naik baru-baru ini, pelabur akan merasakan bahawa market tidak jadi crash. Maka akan ramai pelabur yang mula membeli semula dan menyebabkan kenaikan harga-harga saham. Namun pada pendapat saya, berdasarkan prinsip “Effort & Result” kenaikan ini hanya bersifat sementara sahaja.

2.Yang kedua, saya akan melihat pada prestasi pasaran US (DJIA atau S&P 500) kerana pasaran kita (KLSE) masih bergerak selari dengan indek berkenaan secara am nya. Melihat kepada keadaan ekonomi US, banyak masalah yang berlaku seperti Debt/GDP yang sudah melebihi 100%, masalah Trade War, Quantitative Easing, Jumlah hutang pada paras USD 20 trillion, Government Shutdown, Interest Rate hike, NAHB Indeks sudah mula menurun dan sebagainya.

3.PE (Price/Earning) Ratio bagi pasaran saham US telah berada di paras atas 20. Mengimbau semula prestasi pasaran yang lepas, pasaran di atas PE20 merupakan paras ‘overvalued’ dan pelabur harus berjaga jaga.

4.Elliot Wave - Pada pendapat saya, kenaikan pasaran saham pada baru-baru ini merupakan Wave 2 untuk Bear market. Ya. Ini bermaksud DJIA sudah melepasi Wave 5 dari bull market pada bulan September yang lepas.

5.Relative Risk Index (RRI). RRI merupakan satu indikator baru yang dicipta oleh Encik Derick Tan dari Timing & You (Singapura). Indikator ini akan menilai tahap risiko pasaran US sama ada pasaran semasa berada di tahap yang berisiko atau selamat. Berdasarkan perkongsian En Derick pada bulan ini, pasaran US berada di paras berisiko dan kurang sesuai untuk melabur (Value Investing).

6.Penyebab (cause) untuk market crash sudah ada dan bila crash akan terjadi? Saya tidak tahu. Saya hanya akan memerhatikan market behaviour.

7.Persoalan berikutnya. Apakah impak pada KLSE? Kita akan turut jatuh juga jika pasaran US jatuh kerana panik. Namun impaknya berlainan dengan pasaran US. Saya akan kongsikan pandangan saya pada terbitan yang lain kerana ia melibatkan analisa dari sudut yang berbeza dan melibatkan analisa berkenaan politik semasa.


Jangka Pendek

1.Merujuk kepada carta di atas, saya hanya menggunakan satu indikator iaitu Moving Average 50. Tahukah anda bahawa jika harga sekuriti berada di atas MA 50 ia bersamaan MACD atas 0. Ia bermakna sekuriti itu memiliki momentum yang kuat. Ini merupakan rally Tahun Baru Cina dimana indeks kita meningkat dari 1,627 pada bulan Disember lepas dan kini berada di paras atas 1,680. Adakah momentum ini akan berterusan?

2.Pada Financial Crisis 1997, semasa pasaran KLSE merudum, terdapat kenaikan pada bulan January 1998 berikutan rally Tahun Baru Cina. Selepas kenaikan tersebut, KLSE kembali merudum. Apa yang saya mahu nyatakan disini, situasi pasaran semasa adalah sama dengan keadaan rally Tahun Baru Cina 1998. Berkemungkinan pasaran semasa akan jatuh semula selepas tamat rally ini.

3.Mengapa saya menggunakan MA 50 pada carta diatas? Saya menggunakannya untuk membuat perbandingan dengan pergerakan pasaran pada 1998 dimana pasaran telah berjaya memecahkan paras MA50 pada hujung January 1998. Sama dengan pasaran semasa dimana baru sahaja memecahkan paras MA50 pada minggu lepas dan telah berjaya untuk memecahkan pattern pennant. (pennant breakout).

4.ZSI - Alhamdulillah saya berjaya develop indikator saya sendiri. Indikator ini digunakan untuk menilai sentimen pasaran saham. Merujuk kepada indikator ini, terdapat persamaan corak pada awal tahun 2017, 2018 dan 2019 dimana sentimen meningkat tanpa henti dari paras ‘oversold’ ke ‘overbought’. Paras sentimen semasa (2019) belum lagi ke tahap ‘overbought’.Masih ada ruang lagi untuk kenaikan. Namun coraknya sama seperti kenaikan pada awal 2017 & 2018.

5.Berjaga-jaga! Sekiranya ZSI masuk ke paras ‘overbought’, sentimen akan mula jatuh dengan hinanya. Banyak saham akan mula jatuh pada ketika itu.


Disclaimer : Analisa di atas merupakan pendapat peribadi saya sendiri. Sebarang tindakan yang diambil oleh tuan/puan berdasarkan maklumat di atas adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri. Analisa saya mungkin salah 100%. Tetapi apa yang penting adalah tindakan saya apabila saya sedar yang saya salah.

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan. Tapi pastikan tekan butang Like dulu :)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.