nuradli

Kesan Ekonomi Pasca Pandemik

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Kesan ekonomi pasca pandemik menjadi tarikan pelbagai pihak tidak kira di pihak kerajaan, swasta, pengguna malahan pelabur asing. Penunjuk prestasi ekonomi boleh dilihat dari segi fundamental atau teknikal. Apabila para ekonomi menggunakan analisis fundamental, data yang sering digunakan adalah data yang bersifat makro seperti data pertumuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), data pengangguran, data inflasi dan pelabagai data yang menjadi indikator penunjuk ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun penggunaan analisis teknikal juga boleh digunakan seperti menggunakan carta Bursa Malaysia yang boleh menjadi barometer kepada penunjuk ekonomi Malaysia. Penggunaan carta indeks Bursa di dalam jangka panjang menunjukkan bahawa pasaran bergerak lebih awal dari penunjuk ekonomi seperti KDNK. Sebagai contohnya, pergerakan pasaran jatuh semasa Covid 19 pada bulan Mac 2020 adalah lebih awal dari data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negera yang menunjukkan penguncupan ekonomi pada pertumbuhan KDNK. Justeru itu, penggunaan analisis teknikal dapat memberikan gambaran awal pergerakan ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, penggunaannya hannyalah sebagai indikator awalan dan tidak semestinya akan memberikan pergerakan ekonomi sebenar.

Sebagai contohnya, penggunaan carta yang ditunjukkan diatas adalah gabungan penilaian analisis teknikal dan teori Elliot, yang menunjukkan pasaran bergerak di dalam pergerakan turun naik seperti ombak. Ada 5 ombak motive (1,2,3,4,5) kenaikan dan 3 ombak pembetulan (A,B, C) . Pada waktu ini, Bursa Malaysia di dalam fasa ombak pembetulan ABC.

Berdasarkan pengamatan teori Elliot wave, pergerakan pasaran mungkin akan membentuk wave yang seterusnya iaitu pembentukan EW (1,2,3,4, dan 5 yang baharu). Kita boleh menjangkakan jika wave pembetulan ABC telah terbentuk, wave motive 1 akan bermula semula di mana trend kenaikan akan berterusan.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.