zulnureen

FBMKLCI: Uji Paras Halangan...

Pendidikan
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Pada hari ini, FBMKLCI ditutup dengan positif pada paras 1670.28 dan pada paras ini, FBMKLCI menguji paras halangan pada garisan arah aliran naik dan juga 'moving average' 50.

Selalu terjadi pullback bila sesuatu paras di tembusi, baik di tembusi ke atas mahupun di tembusi ke bawah, dalam kes FBMKLCI ini, apabila paras sokongan arah aliran 1670 di tembusi ke bawah tempohari, pada hari ini terjadi pullback hingga ke paras yang sama.

Pada paras ini, apakah ia satu peluang untuk menjual bagi mereka yang tidak berkesempatan menjual tempohari atau apakah ini memberi peluang untuk masuk semula ke dalam pasaran kerana FBMKLCI membuat kenaikan semula.

Secara teknikal senario ini adalah lebih kepada pullback pada ketika ini, di mana FBMKLCI yang telah jatuh dari garisan sokongan arah aliran, naik semula ke paras yang sama. kebiasaan nya apabila ini terjadi, FBMKLCI akan berpusing semula dan menyambung gerakan kejatuhan nya. ada kemungkinan kah FBMKLCI akan terus naik dan menunggang semula di atas garisan arah aliran, kemungkinan itu memang ada. tetapi buat masa ini, pembacaan berat kepada senario pullback, di mana FBMKLCI berkemungkinan akan meyambung semula kejatuhan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.