KLCI dibuka sedikit tinggi iaitu pada paras 1519.32mata tetapi melemah sewaktu dagangan dijalankan. Pelabur telah merubah pandangan kepada kepada perkembangan semasa Covid-19, dengan KKM telah melaporkan 62 kes baharu pada 7 September 2020 lalu iaitu tertinggi sejak RMCO dijalankan pada 10 Jun 2020. Disamping itu, pedagang juga masihragu dengan pembuatan dasar US yang akan segera mengumpul dan menyediakan dana rangsangan ekonomi berikutan data pengangguran adalah semakin membaik. Data rasmi US menunjukkan majikan menambah 1.4juta pekerjaan pada bulan Ogos setelah 1.7 pekerjaan yang disemak pada bulan Julai lepas dan ini menandakan fasa pemulihan. Sementara itu, kadar pengangguran turun kepada 8.4% daripada 10.2% pada bulan Julai.
klciTrend Analysis

Penafian