zulnureen

FBMKLCI: Kemungkinan akan meneruskan kejatuhan

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI

FBMKLCI ketika ini di lihat terhalang oleh garisan resistance diagonal dan juga garisan resistance horizontal. Pada masa yang sama juga terdapat halangan pada paras yang sama di petunjuk Ichimoku dan juga Fibonacci. Walaupun MACD dan RSI masih positif, Stochastic %K telah pun kelihatan jatuh di bawah stochastic %D yang membawa maksud berkemungkinan kitaran sudah berada di tahap atas dan berkemungkinan akan turun mencari lantai semula. berdasarkan carta Andaian di buat dengan menggunakan paras Fibonacci, yang mana, ada kemungkinan kemungkinan FBMKLCI akan cuba mencari sokongan pada paras 1680. dan sekiranya paras ini di cerobohi, ada kemungkinan paras 1660 akan cuba menjadi sokongan seterusnya dan andai kata paras ini gagal, maka paras yang di syaki akan mempunyai sokongan kuat seterusnya adalah di paras 1590
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.