FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Analisa Teknikal Hala Tuju Indeks KLCI.

Seperti mana yang disebutkan dalam ulasan yang lepas, sentimen sentimen yang negatif meletakkan pelabur pelabur dalam keadaan "panic". Berikut adalah ulasan ringkas activiti di sesi pagi pasaran Bursa;

1) Kenaikkan di Wall Street yang sebanyak 400 mata semalam nampaknya tidak ada impak pada pasaran Bursa pada pagi ini.
2) Pasaran dibuka dengan "gap-up" dan indeks mencapai paras sehingga 1691. Kemudian indeks kembali menurun (paling rendah, 1678 mata) dan menutup di sesi pagi pada paras 1682.
3) Pasaran keseluruhan (Market Breadth) agak lemah, mencatat 453 "counters" turun vs 267 naik.
4) Volume keseluruhan pada sesi pagi mencatat 976 juta dengan nilai RM722 juta. Aktiviti yang rendah sebegini mungkin menunjukkan sebahagian besar jual beli berpunca dari "retailers" ataupun pedagang runcit. Pelabur pelabur yang berdana besar mungkin hanya mendiam akibat sentimen negatif yang masih meliar.
5) Stok teknologi dan "semiconductor" juga adalah antara sektor yang semakin lemah.

Sila berwaspada apabila mengambil sebarang keputusan untuk jual-beli di pasaran sekarang. Ikutilah prinsip teknikal analisa ataupun "trading plan" anda. Risiko untuk masuk pasaran Bursa sekarang adalah sangat tinggi.

Pandangan saya untuk FBMKLCI berdasarkan teknikal analisa;

1) Perhatikan sideway triangle pattern KLCI sekarang. Sila rujuk kepada carta di atas. Sekiranya index pecah corak sideway ini, kemungkinan besar indeks akan menuju ke paras sokongan seterusnya iaitu pada 1660.

2) Sokongan seterusnya akan berada pada paras 1620. Sila rujuk garisan Fibonacci yang telah saya lukis (sila rujuk carta di atas). Jika 1660 mata tidak bertahan, maka indeks akan menuju ke paras ini, 1620.

Sekian,




Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.