zulnureen

FBMKLCI: terus naik hingga minggu ke-3 Disember

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Melihat Pada Carta Harian FBMKLCI, saya percaya bahawa, FBMKLCI berkemungkinan akan meneruskan kenaikan nya sehingga minggu ke-3 Disember sebelum bergerak secara mendatar atau beralih arah dan turun kembali.

Di ketika ini, saya percaya di kawasan sekitar paras 1750 akan terdapat rintangan yang kuat, setakat ini, saya fikirkan yang FBMKLCI sukar utk naik menembusi paras ringtangan 1750an ini. andaikata saya silap dan FBMKLCI melonjak naik melebihi paras ini, maka saya akan membuat pembacaan semula terhadap FBMKLCI.

Dan mengikut pusingan kitaran, saya percaya bahawa jika benar paras 1750an itu menjadi paras rintangan kuat, maka ada kemungkinan nya bahawa di minggu ketiga bulan Disember kemungkinan FBMKLCI akan beralih arah dan jatuh semula. Hanya satu kemungkinan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.