zulnureen

FBMKLCI: Apa itu TRENDLINE?

Pendidikan
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Trendline di gunakan untuk melihat apabila harga membuat pusingan dari turun kemudian naik, dan sebaliknya apabila harga naik dan keudian nya turun.

bagaimana melukis trendline?, apabila ingin melukis trendline turun (bearish trend), garisan trendline ini akan di lukiskan di atas harga, dan apabila harga membuat pusingan dan naik, maka trendline turun ini akan di langgar, dan apabila harga memecah atau melanggar trendline, boleh lah di simpulkan yang harga telah membuat pusingan dan berkemungkinan akan bergerak naik pula.

begitu lah sebaliknya, apabila harga sedang meningkat naik dan sedang bergerak ke atas, garisan trendline atas akan di lukis kan di bawah harga, maka, apabila harga berpusing dan berkemungkinan jatuh, harga akan melanggar trendline dan jatuh di bawah garisan trendline tersebut.

melihat pada carta FBMKLCI di atas, indeks KLCI didapati telah melanggar garisan trendline dan bergerak diatas trendline, ini berkemungkinan menandakan bahawa indeks telah berpusing dan mennukar arah dari kejatuhan dan mungkin akan bergerak naik pula.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.