TeropongBursa

FBM KLCI Carta mingguan - paras penting 1800 ditembus!

Singkat
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Setiap minggu satu candle akan terbentuk dalam carta mingguan. minggu lepas indeks telah menurun dengan kadar yang mengejutkan, menghapuskan kenaikan yang dibina 2 minggu sebelum itu. Lebih signifikan, harga telah menembusi paras dibawah 1800 dan pada hari jumaat lepas, tidak berjaya kembali naik melepasi paras 1800.

Namun begitu, indeks masih dalam short term bullish kerana masih berada diatas paras S1 (garisan merah Support line), akan tetapi sentimen telah bertukar bearish buat masa ini, dengan target akan mencecah S1.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, pelabur (swing trader / medium term) dinasihatkan untuk berhati-hari kerana pasaran masih tidak stabil. Short term trader (intraday/contra) masih boleh trade berdasarkan momentum / volume kaunter pilihan anda.

Minggu hadapan ada banyak cuti umum. Kemungkinan aktiviti market akan jadi perlahan, kurang aktif, sesetengah kaunter mungkin akan jatuh kerana pasaran lembap. Pastikan anda monitor portfolio anda setiap masa dan cutloss jika break stoploss anda.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.