FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Indeks telah mencapai paras rintangan kritikal iaitu:
1) Kluster Fibo Retracement 50% & Fibo Projection 61.8%
2) Kotak merah yang merupakan paras sokongan berubah menjadi rintangan
3) Aras LH (lower high) tren menurun

Kebarangkalian untuk indeks berlegar & sukar menembusi sekitar paras ini adalah tinggi. Bagaimanapun, jika paras ini ditembusi, perjalanan KLCI menuju ke atas adalah sangat cerah.

Dari segi petunjuk teknikal, EMA21 & EMA50 telah bersilang manakala indikator MACD adalah positif dan indeks telah berada di atas awan ichimoku.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.