zulnureen

FBMKLCI: Sudah atau masih membottom?

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI

Ya, indeks jatuh semalam 15 mata, hampir kepada 1%, oleh itu, persolannya sekarang, apakah FBMKLCI sudah bottom, atau apakah masih sedang membottom, betul la semalam DJI naik, tapi kenaikkan DJI tak semestinya akan menyebabkan KLCI juga naik. ada yang bertanya, pakah isunya yang menyebabkan indeks turun, kemungkinan yang dapat saya fikirkan dengan maklumat yang terhad ialah, kerugian khazanah, yang mana khazanah akan menyemak semula semua pelaburan pelaburan semasa dan akan ambil tindakan wajar untuk mengelakan lagi kerugian di masa hadapan, kemungkinan kemungkinan juga khazanah mempunyai pelaburan di syarikat syarikat yang tersenarai di bursa malaysia. dan semalam juga PM tun M telah membuat kenyataan bahawa menteri menteri kerjaan semasa kurang pengalaman dalam pentadbiran kerjaan, dan ini kemungkinan di lihat sebgai sesuatu yang negatif oleh pelabur pelabur asing mahupun tempatan.
baiklah, melihat semula pada carta indeks FBMKLCI, kejatuhan semalam betul betul berada sedikit sahaja lagi dari paras jangkaan sokongan 1660, kemungkinan hari ini paras 1660 akan di uji, mungkin tidak, tetapi, berdasarkan bacaan teknikal yang bersifat lagging, ia menunjukkan bahawa trend semasa adalah kejatuhan dan melihat pada histogram di petunjuk MACD, jarak antara macd level dan macd signal semakin membesar, ini mencadangkan bahawa, momentum kejatuhan adalah semakin kuat. kesimpulan nya, dengan trend yagn jatuh di sertakan dengan momentum yang kuat, dan tindakan pelabur yang negatif (candle jatuh marubozu), ada kemungkinan bahawa akan ada sambungan kejatuhan kepada FBMKLCI dalam masa yang terdekat ini, bacaan ini adalah berdasarkan pada penutup indeks semalam, andai indeks naik semula melepasa paras 1680, pembacaan semula akan di buat terhadap indeks dan momentum. TK
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.