Hoverfly-Trader

Prestasi FBM KLCI selepas PRU 14

Pendidikan
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah prestasi FBM KLCI selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu)?
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita mulakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)

* Perbandingan ini bukanlah bersifat politik, hanya untuk melihat kekuatan pasaran Malaysia selepas PRU

Kita akan membuat beberapa perbandingan,
mencari persamaan dan correlation diantara KLCI dan Indeks-indeks utama yang lain
1) KLCI (Kuala Lumpur COmposite Index, Malaysia) - Biru
2) DJI (Dow Jones Index, US) - Merah
3) NI225 (Nikkei 225, Jepun) - Oren
4) HSI (Hang Seng Index, Hong Kong) - Hijau
5) XLY0 (Shanghai Composite, China) - Pink

DJI atau pasaran US mewakili indeks utama dan rujukan bagi Market seluruh dunia
Manakala, yang lain pula akan mewakili leader Market di Asia-Pacific, iaitu pasaran Jepun, Hong Kong dan China

Jika dilihat dengan lebih lanjut:
- KLCI lebih cenderung untuk mengikuti atau correlation dengan DJI dan Nikkei
- Pasaran kita sentiasa melemah dan tidak pulih selepas dari PRU, hanya meningkat naik pada minggu pertama (+0.49%) dan peningkatan ini adalah paling tinggi sejak bulan Mei. Ini adalah kerana aliran keluar duit oleh investor/trader dari luar negara selama beberapa minggu dan bulan (boleh dikatakan sehingga sekarang masih belum stabil dan pulih sepenuhnya)
- Pasaran menglami kejatuhan teruk sehingga -10.09%, dan cuba untuk pulih dan mendaki sehingga kini
- Kini, pasaran kita masih berada pada -2.52%. Semoga KLCI akan mengikuti Nikkei (+1.00%) dan DJI (+5.04%), atau dengan memecahkan paras tertinggi KLCI
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.