FBMKLCI tutup pada hari ini di paras 1,895.18, hampir dengan aras rintangan psikologi 1,900. Pergerakan harga di aras ini perlu diperhatikan dengan teliti sama ada harga berjaya menembusi aras harga ini ataupun gagal dan berpatah balik. Sekiranya berjaya menembusi, kita mengandaikan harga akan bergerak ke 1930. Sekiranya harga gagal menembusi aras ini, kita jangkakan harga akan menuju ke aras sokongan 1,860 dan 1,836. Analisa berdasarkan indikator momentum seperti Stochastic dan MACD menunjukkan momentum yang lebih memihak kepada keadaan menaik yang baik. Walau bagaimanapun, sentimen pilihan raya di bulan ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak ketidaktentuan dalam pasaran.
Aras Rintangan - 1,900 dan 1,930 Aras Sokongan - 1,860 dan 1,836
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.