Analisa Teknikal
• FBMKLCI menutup lebih tinggi sedikit berbanding semalam di 1,852.27 setelah naik 0.34 mata (0.02%). Sentimen pasaran positif dengan 442 kaunter menaik berbanding 349 kaunter menurun, dan 449 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.046 billion dan nilai saham sebanyak 2.133 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah NESTLE, MAYBANK,PBBBANK dan TENAGA. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah MISC dan TM.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in dibuka dengan positif walaupun sedikit jatuh di sesi petang. Kita boleh lihat berlakunya pertarungan antara bekalan dan permintaan (baca: supply and demand) yang menyebabkan pasaran sedikit tidak tentu. Candlestick hari ni juga menunjukkan "upper shadow" dan "lower shadow" yang tinggi, menandakan pasaran dalam keadaan di mana penjual dan pembeli hampir sama.
• Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif.
• Aras sokongan mingguan terdekat dikekalkan pada aras 1,830 (S2).
• Aras rintangan mingguan pula di aras 1,900 (R1) dan 1,930 (R2)

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
Support and ResistanceTrend Analysis

Juga pada:

Penafian